Thursday, 17 July 2014

Cara Mandi Wajib

Assalamua'laikum..! Hai Blogger! 
Dalam first Entre ni, Admin ingin sharekan Cara2 mandi wajib dngn sempurna. 
Ok'firstly Qairah mau bagi tau yg Qairah ni orng sabah bah. So, sorry ah'kalau kamu,kamu nda b'rapa faham apa yg Qairah cakp ni * Org Sabah bh ini :p

Hohohoho I'm proud to be Sabahan *cewah .Ok street to the point.
Sebenarnya mandi wajib ni senang ja'ba,yg paling penting air 2 sampai & rata pada semua anggota badn kita
disertakan dengn niat. Apa2 pun tawakal ja' sbb kalau madian kita nda sah,segala ibadah kita tidk di terima.
Admin pun ragu2 bah,sbb admin pun  baru2 juga masuk k'alam remaja *Faham2 ja'lah k'.Sbb 2'lah Qairah tulis Entre ni *Hohoho main rembat ja'bahan dri blog org.


Kaifat hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).


Rukun Mandi Wajib :

-Niat 
-Menghilangkan najis sama ada yg jelas " 'ayni" atau tidk jelas " Hukmi "
-Menyampaikan air keseluruh anggota badan dri hujung rmbut hingga hujung kaki.

Niat :




Niat Umum: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana allah taa'llah



Sunat Ketika Mandi Wajib :

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali


Cara-cara Mandi Wajib
  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

No comments:

Post a Comment